SELAMAT DATANG KE BLOG ALUMNI SMZ (1) 92-96

April 21, 2008

al Fatihah ~Tg Puteri Anis Aini~



24 April 2008 ...sahabat kita iaitu Tg Puteri Sri Anis Aini Tg Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pagi td akibat penyakit denggi berdarah yg dihadapi nya...
Semoga roh Allahyarhamah di cucuri Allah swt.
~dari pihak keluarga Allahyarhamah, meminta sume sahabat mendoakan kesejahteraan dan memohon kemaafan dr pihaknya~

sesapa nk tgk pic tu--> email kat azida777@kelantan.uitm.edu.my
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:55 PM 0 comments

Hasnita~Bantuan kewangan~

Kepada semua rakan2 bekas pelajar ZS,salah seorg sahabat kita iaitu Hasnita Suhaina Mamat (Nita) ex-5 Hormat memerlukan sumbangan dari rakan2 untuk membantu meringankan beban keluarganya.
Suaminya telah mengalami kemalangan jalan raya dan patah kedua belah kaki dua minggu lepas.
Sesiapa yg ingin menyalurkan bantuan kewangan bagi meringan beban Nita n anak2nya,serta membayar kos rawatan suaminya bolehlah menghulurkan sumbangan kepada beliau

no tel : 012-6528846
atau no akaun ---> 120511326084520 (CIMB)

~harap maklum~
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:55 PM 0 comments

April 20, 2008

Melawat Ustaz Abd Hadi


Untuk pengetahuan sume rakan2..ayahanda Ustaz Abdul Hadi iaitu guru agama kita telah menderita sakit saraf. utk pengetahuan ramai..sudah hampir 5 bulan dia terlantar dirumah nya di kampung Panji.

Info terkini Beliau skrg yg mengajar di Sekolah menengah Kedai Buloh...

satu lawatan telah diadakan oleh beberapa ahli aliumni 92-96 kerumah beliau pada 18 april 2008 yang diketuai oleh presiden iaitu Puan Wan Salmiah bersama rakan2 yang lain.
sebagai pesanan, cikgu Hadi menyampaikan salam kepada sume rakan2.

kepada sesiapa dikalangan rakan2 yg ingin menyampaikan sumbangan derma kepada ustaz Hadi..--> sila contact ct zaleha (019-9827622)

semoga jasa anda diberkati oleh Allah swt!

**ps -credit to juwie for written this article n for zaleha..thanks for sending me thru mail...~~
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:03 AM 0 comments

Al fatihah utk arwah cikgu MIMI AMINAH





KUANTAN: “Ibu beria-ia ingin menemani ayah ke setiap lokasi perlawanan Liga Super sehingga sanggup mengambil cuti tanpa gaji bulan ini.

“Namun, saya tidak menyangka kunjungan ibu ke Kuantan untuk menyaksikan perlawanan Perlis menentang Pahang di Stadium Darul Makmur malam esok (hari ini) yang terakhir sebelum meninggal dunia akibat diserang sakit jantung,” kata anak bongsu kepada Irfan Bakti Abu Salim, 60.

Nur Naili, 18, berkata dia dan ibunya, Mimi Aminah Hamzah, 54, tiba di bandar ini pagi Khamis lalu dari Puchong, Selangor dengan menaiki kereta dan dijadualkan menemui bapanya yang akan tiba bersama skuad bola sepak Perlis itu hari ini (semalam).

“Kami bertolak dari Perlis Rabu lalu dan singgah di rumah abang di Puchong untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan keesokannya.
“Tetapi, hajat ibu untuk menemui ayah sebelum perlawanan malam esok tidak kesampaian apabila dia terlebih dulu dijemput Ilahi,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menceritakan detik kejadian ibunya diserang sakit jantung itu, Nur Naili berkata, ibunya itu tiba-tiba rebah di lobi hotel penginapan mereka sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.45 pagi.

Ibu dipapah ke dalam bilik selepas pengsan akibat diserang sakit jantung. Selepas dibaringkan di atas katil saya cuba menyedarkan ibu, tetapi tiada tindak balas.
“Pihak hotel menghubungi doktor untuk merawat ibu sebelum doktor mengesahkan ibu sudah meninggal dunia. Sebelum kejadian, ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik kecuali tidak dapat tidur malam,” katanya.

Jenazah arwah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab di Chenderawasih di sini sebelum dibawa ke kampung halaman di Jalan Telipot dekat Kota Baharu, Kelantan untuk dikebumikan.

** utk pengetahuan rakan2--> arwah cikgu Mimi ni adalah tenaga pengajar ZS semasa kita kat sana..arwah pernah mengajar BI n PJ..so sama2lah kita menghadiahkan Al fatihah buat arwah...semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt!! amin....
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:03 AM 1 comments