SELAMAT DATANG KE BLOG ALUMNI SMZ (1) 92-96

September 23, 2007

map sudara beach resort


(klik kat map ni utk besarkan dan korang buleh direct print kat internet)

utk member2 sumer,aku dah siapkan map utk korang yg tak tahu kat mana sudara beach resort nih!!
sesapa yg comfirm pegi,kami akan poskan kad jemputan bersama2 dgn map nih..jgn risau!! takkan sesat punyer!!! hehehesenang je..just follow map nih ok!!!
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:55 AM 29 comments

Reunion 2nd!!!!

selepas dipersetujui oleh kaum kerabat ahli jong kalut...
sesi 2nd reunion ini telah diputuskan akan diadakan pada:


tarikh : 15 oktober 2007 (iaitu hari raya ke 3..)
tempat : sudara beach resort
masa : 12 tengahari – 6 petang



bayaran:
bayaran: RM 60.00 perhead (utk ahli)
RM 30.00 (bukan ahli)
RM20.00 (utk kanak2 riang 6 tahun ke atas)
RM 25.00 (utk tshirt sahaja)


**sbb apa RM 60?? ooo ada tshirt (lawa neh) pastu ade lagi cenderamata ala2 door gift la... pastu ada hadiah la..dan lagi..dan lagi...termasuklah makan (buffet tengahari n hi tea)!!
((makan ni miah suh aku hightlight takot ada org kebulur lak ari tuh muahaha))

ok skrg dah tau kan??

mcmane lak cara nk bayar ek??

ok..korang kena bank in duit kepada Mas Idayuni MD hashim
(selaku bendahari sementara)
account number ----> 153010480790 (maybank)


pastu dah bank in...sila faxkan salinan slip tadi ke nombor fax ni.
----> 09-7475854 (kena tulis ar attachment dr sape k...
(nama ko,address n no tpon)
supaya senang Mas tau sape yg fax kan..



tambahan:

sumer bayaran ni bukan utk bilik...
so kalo korang yg nk menginap kat resort ni kena contact sendiri pihak resort k!!
ni contact number dia:---->
no tel sudara 09-7430320
atau
sales manager dia
malissa-0123200009
...

bila dah settle pasal bayaran...
dah faxkan slip...
korang kena sms miah nama,alamat terkini n saiz baju...
(utk saiz baju)

so amacam??? senang tak?? aku tak tau lah kalo korang tak paham2 lagi ngan tulisan aku nih...penat je aku type!!
hahah...


ni dia tentatif utk reunion kali ini!!

aturcara program utk 2nd Reunion 2007


12.00 Noon - Pendaftaran Ahli
12.30 Ptg - Makan Tengahari & Solat Zuhur
2.00 Ptg - Majlis Bermula
2.10 Ptg - Bacaan Doa Pembuka Majlis
2.15 Ptg - Ucapan Pengerusi
2.30 Ptg - Games
3.00 Ptg - Hi Tea
3.30 Ptg - Karaoke
5.30 Ptg - Penyampaian Hadiah Dan Sesi Fotografi
6.00 Ptg - Majlis Bersurai


tarikh tutup permohonan (cewah..siap kena apply tuh)) ialah
28 September 2007
..selepas tarikh anda tidak akan dilayan((muahahaa))
kalo buleh kena comfirm cepat sket sbb kita nk tempah resort!!!
Sila berikan jawapan segera utk tempahan tshirt dan resort!! Harap maklum!!!!
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:55 AM 0 comments

September 17, 2007

pic kengkawan ZS

memandangkan kita sume ni dah lama tak jumpa..kat sini ade aku siarkan pic yg melibatkan ahli..pic ni ade aku dapat dari miah...dan ade yg aku ambik dari paper..

***

1st...picture mimi (nik yasmin) ni budak kelas 5 hormat (monitor kelas aku dulu nih hehe) tak sangka mimi dah jadi model..Collections dari Ms Read..utk org yg obesiti je..saiz XL ke atas hehe...(miah merupakan penyumbang utama hasil jualan Ms Read nie)


***

ni lak pic abe Puiling (fazlin) yg eksiden ari tuh...wah makin tegap dan hensem abe puiling ni muahahahha...




***

ni pic abe john(siti khadijah) yg baru melangsungkan perkahwinan...wah serba putih gitu...ala2 siti lak dia muahahah...anyway congrats!!!


***

ni picture chuanch eiping sefamily...(betol ke aku eja nama dia nie) hebat sekarang dah jadi tokey....


***

ni pic masa parti BBQ umah pengKERUSI kita hehe iaitu puan Miah...wah kenyang giler!! bila buleh makan BBQ lagi ni miah wei????


***
ni pic arwah suami Jaja yang baru je meninggal dunia ari tu selepas 2 minggu je melangsungkan perkahwinan mereka..aku harap Jaja tabah ngan dugaan yg telah menimpanya..takziah dari kami semua!!
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 4:45 PM 0 comments

September 11, 2007

artikel mengenai reunion ZS di sinar harian

Image Hosted by ImageShack.us


bagi pihak Jawatankuasa Alumni ZS 92-96,aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat kite iaitu zaimatul Juwita ni kerana menghebahkan berita ini dalam SInar Harian..kalo nk tau dia ni reporter Sinar Harian..sosesapa ade berita kat area KB tu leh call dia kat no nie..> 019-9391032/0199391077...jgn ade kes kucing hangpa nk beranak pun call dia gak dah arr!! muahahah..lawak sehari sebelom posa..
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 9:52 AM 0 comments

SELAMAT BERPOSE



Get this and more at KawaiiSpace.com!


Kepada sahabat yang beragama islam,selamat menyambut kehadiran ramadhan al mubarak,semoga kehadiran ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan buat kita semua!!
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 9:52 AM 0 comments

September 5, 2007

TAKZIAH BUAT MASWATI

takziah kepada sahabat kita iaitu saudari Maswati dari kelas Yakin kerana kematian ayahanda tersayang semlm...4 september 2007..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham..Amin....
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 5:20 PM 0 comments

September 3, 2007

merdeka!!

Selamat hari merdeka kepada semua warga ex alumni ZS yang ke 50!! Malaysia GEMILANG!!!!!
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 8:58 AM 0 comments