SELAMAT DATANG KE BLOG ALUMNI SMZ (1) 92-96

April 20, 2008

Al fatihah utk arwah cikgu MIMI AMINAH





KUANTAN: “Ibu beria-ia ingin menemani ayah ke setiap lokasi perlawanan Liga Super sehingga sanggup mengambil cuti tanpa gaji bulan ini.

“Namun, saya tidak menyangka kunjungan ibu ke Kuantan untuk menyaksikan perlawanan Perlis menentang Pahang di Stadium Darul Makmur malam esok (hari ini) yang terakhir sebelum meninggal dunia akibat diserang sakit jantung,” kata anak bongsu kepada Irfan Bakti Abu Salim, 60.

Nur Naili, 18, berkata dia dan ibunya, Mimi Aminah Hamzah, 54, tiba di bandar ini pagi Khamis lalu dari Puchong, Selangor dengan menaiki kereta dan dijadualkan menemui bapanya yang akan tiba bersama skuad bola sepak Perlis itu hari ini (semalam).

“Kami bertolak dari Perlis Rabu lalu dan singgah di rumah abang di Puchong untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan keesokannya.
“Tetapi, hajat ibu untuk menemui ayah sebelum perlawanan malam esok tidak kesampaian apabila dia terlebih dulu dijemput Ilahi,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menceritakan detik kejadian ibunya diserang sakit jantung itu, Nur Naili berkata, ibunya itu tiba-tiba rebah di lobi hotel penginapan mereka sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.45 pagi.

Ibu dipapah ke dalam bilik selepas pengsan akibat diserang sakit jantung. Selepas dibaringkan di atas katil saya cuba menyedarkan ibu, tetapi tiada tindak balas.
“Pihak hotel menghubungi doktor untuk merawat ibu sebelum doktor mengesahkan ibu sudah meninggal dunia. Sebelum kejadian, ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik kecuali tidak dapat tidur malam,” katanya.

Jenazah arwah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab di Chenderawasih di sini sebelum dibawa ke kampung halaman di Jalan Telipot dekat Kota Baharu, Kelantan untuk dikebumikan.

** utk pengetahuan rakan2--> arwah cikgu Mimi ni adalah tenaga pengajar ZS semasa kita kat sana..arwah pernah mengajar BI n PJ..so sama2lah kita menghadiahkan Al fatihah buat arwah...semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt!! amin....
posted by Jawatankuasa Alumni SMZ (1) 92-96 at 10:03 AM

1 Comments:

innalillah...teringat plak pernah naik motor ngan dia g main hoki kat pdg HUSM...

19/5/08 20:40  

Post a Comment

<< Home